SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMKTIZ

INFO PSS

MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.1       SEJARAH PSS

2.1.1     Sekolah Menengah Kebangsaaan Tengku Intan Zaharah ( nama asalnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dungun ) bermula pada tahun 1965. Penubuhan sekolah ini bermula dengan sebuah kelas aliran Melayu di Dungun English Secondary School ( Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar ) pada tahun 1965.

Pada tahun 1970, Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah ( SMKTIZ ) dibangunkan seiring dengan penambahan bilik-bilik lain seperti makmal sains, bilik darjah dan sebagainya.

Selaras dengan perkembangan ini, unit-unit PSS yang lain seperti Bilik Tayangan / Alat Pandang Dengar ( APD ), Bilik Komputer, Makmal SAL, Makmal Komputer, Pusat Akses,Bilik Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) dan Bilik ETeMs telah ditambah bilangannya bagi memenuhi keperluan P & P semasa bersesuaian dengan visi PSS sekolah iaitu PSS Pemangkin Kecemerlangan Sekolah.

2.1.2     Infrastruktur:
Terbahagi kepada unit-unit yang ada:
·         Unit Perpustakaan
·         Unit Bilik Tayangan / APD (Bilik Kuliah 1 dan 2)
·         Unit BBM
·         Unit Papan Kenyataan
·         Unit Bank Soalan
·         Makmal Komputer
·         Pusat Akses
·         Bilik Komputer
·         Program NILAM
·         Bilik Bilik Bahasa Jepun
·         Bilik Bahasa Arab
·         Bilik Bahasa Inggeris ( Bilik SAL )

Manakala koridor PSS pula terbahagi kepada :
           
·         Bilik Kelas Berinformasi
·         Bilik Tenang
·         Surau Intan Sakinah
·         Bilik Disiplin
·         Café Intan
·         Anjung Seni
·         Bilik Rawatan & Kesihatan
·         Laluan Ilmu
·         Taman Informasi
·         Balai Ilmu
·         Bilik Kaunseling
·         Bilik Guru
·         Bilik BOSS
·         Bilik Peperiksaaan
·         Dewan Ali Jabbar
·         Dewan Ismail Manap
·         Bilik Kurikulum

          
2.2         PELAN LOKASI

*       
2.3         VISI 

“PSS PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH”

 2.4         MISI

Menjana dan membentuk warga sekolah yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin dengan merealisasikan PSS sebagai pusat sumber bermaklumat seiring dengan matlamat wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara.

2.5         PIAGAM PELANGGAN PSS
     
2.5.1     Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi
2.5.2     Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera
2.5.3     Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna
2.5.4     Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
2.5.5     Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
2.5.6     Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah pengguna
2.5.7     Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna
2.5.8     Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik
                                   
2.6         MATLAMAT PSS

2.6.1     Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2.6.2     Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.
2.6.3     Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.
2.6.4     Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar

2.7            OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:

2.7.1     Menguruskan maklumat
                        PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat.      
                        Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains,  
                        teknologi, agama dan sebagainya.  Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para 
                        pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.
  
2.7.2     Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya.

2.7.3     Penggunaan kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

2.7.4     Memupuk Tabiat Belajar
Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri,  membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

2.7.5     Penghasilan Bahan
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

2.7.6     Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan.  Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan.  Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan.  Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

2.7.7     Kemahiran Maklumat
Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

2.8         FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.8.1   Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
2.8.2   Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan
          dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.8.3   Merupakan tempat penyimpanan bahan P & P untuk digunakan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
2.8.4  Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
2.8.5   Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
2.8.6     Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
2.8.7  Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri.
2.8.8     Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
2.8.9   Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa serta terkini dalam bidang pendidkan dan teknologi.
           2.8.10  Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan  
                       proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012